Lebih 700 jemaah Indonesia meninggal sepanjang haji 2023

Lebih 700 jemaah Indonesia meninggal sepanjang haji 2023

KEMENTERIAN Agama mencadangkan supaya semua jemaah menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum membayar yuran haji bagi mengurangkan kematian di tanah suci. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia mendedahkan sebanyak 773 orang jemaah haji meninggal dunia sepanjang ibadah haji berlangsung tahun ini, sekali gus merekodkan jumlah terbanyak sejak 2015.

Menterinya, Yaqut Cholil Qoumas berkata, jumlah itu meliputi 752 jemaah haji dari kumpulan biasa, 18 jemaah kumpulan khas dan tiga jemaah haji furada.

Katanya, daripada kesemua jumlah tersebut, kumpulan jemaah berusia atas 65 tahun merupakan paling banyak meninggal dunia iaitu seramai 562 orang, selain 81 orang jemaah berusia 60-64 tahun dan 109 lagi jemaah berusia bawah 60 tahun.

“Jemaah paling tua yang meninggal dunia berusia 92 tahun, manakala paling muda pula berusia 42 tahun.

“Jumlah jemaah meninggal dunia kali ini merupakan yang terbanyak sejak 2015 dan sudah tentu mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya kementerian agama.

“Sehubungan itu, kementerian akan mengusulkan semua calon jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsaikan bayaran haji,” kata Yaqut.

Namun, beliau menegaskan, kesemua cadangan itu perlu dibincang dengan Dewan Perwakilan Rakyat sebelum diputuskan pelaksanaannya.

Jelas Yaqut, berdasarkan rancangan berkenaan, mana-mana calon jemaah yang mempunyai masalah kesihatan perlu menangguhkan perjalanan mereka ke tanah suci.

Oleh hal yang demikian, jumlah jemaah yang meninggal dunia boleh dikurangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya