Lebih 70 maut akibat hujan lebat di utara India - Utusan Malaysia

Lebih 70 maut akibat hujan lebat di utara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Angka korban akibat hujan sejak tiga hari lalu di negeri utara India, Himachal Pradesh, meningkat kepada 71 mangsa, menurut pegawai kanan pengurusan bencana, semalam.

Setiausaha Utama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Himachal Pradesh, Onkar Chand Sharma, berkata bantuan dan kerja menyelamat sedang dijalankan di kawasan terjejas, namun jumlah kematian serta anggaran kerosakan dijangka meningkat.

“Lebih banyak kerosakan berlaku pada 13, 14 dan 15 Ogos berbanding Julai lalu. Angka kematian ialah 71 orang dan terdapat kehilangan harta benda.

“Namun, ia dijangka meningkat berikutan kerja menyelamat dan bantuan serta anggaran terperinci akan mengambil masa,” katanya menurut laporan media.

Dalam pada itu, seramai 2,500 penduduk sudah dipindahkan ke tempat selamat, manakala kerajaan negeri memutuskan untuk menutup semua institusi pendidikan hari ini bagi memastikan keselamatan pelajar.

Sekolah di negeri ini juga ditutup sejak beberapa hari lalu berikutan cuaca buruk, kejadian tanah runtuh dan situasi seperti banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya