Lebih 2,000 orang maut akibat monsun di India - Utusan Malaysia

Lebih 2,000 orang maut akibat monsun di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Banjir, tanah runtuh dan kejadian lain berkaitan hujan menyebabkan lebih 2,000 mangsa terkorban di India pada musim monsun ini, menurut data rasmi.

Bihar merekodkan angka kematian tertinggi dalam kalangan semua negeri, diikuti 330 maut di Himachal Pradesh dan 165 lagi di Gujerat dalam tempoh kira-kira empat bulan.

Menurut data Kementerian Dalam Negeri yang dipetik Agensi Berita PTI, korban terbabit meliputi 892 mangsa lemas di seluruh negara akibat banjir, 506 lagi maut dipanah petir dan tanah runtuh (186) sepanjang tempoh 1 April hingga Khamis lalu.

Insiden lain berkaitan hujan dilapor mengakibatkan 454 kematian. Hujan lebat juga menyebabkan keadaan huru-hara di Himachal Pradesh, Uttarakhand, Haryana, Punjab serta barat Uttar Pradesh pada Jun dan Julai lalu.

Himachal Pradesh dan Uttarakhand sedang berdepan satu lagi gelombang hujan lebat yang mengorbankan berpuluh-puluh orang, selain memusnahkan jalan, jambatan, tanaman serta kediaman sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Susulan bencana itu, kerugian kewangan di Himachal Pradesh dianggarkan sekitar AS$1.2 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya