Lapan terperangkap dalam kereta kabel pada ketinggian 365 meter di Pakistan - Utusan Malaysia

Lapan terperangkap dalam kereta kabel pada ketinggian 365 meter di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABADF: Enam kanak-kanak dan dua orang dewasa terperangkan dalam kereta kabel yang tergantung merentasi sebuah lembah yang dalam di Pakistan hari ini, dengan sebuah helikopter dilihat berlegar berhampiran.

Kanak-kanak berkenaan sedang menggunakan kerusi pengangkat bagi merentasi lembah berkenaan untuk ke sekolah apabila salah satu kabel terputus pada ketinggian sekitar 365 meter, di pertengahan perjalanan di wilayah pergunungan terpencil daerah Khyber Pakhtunkhwa.

“Hampir lima jam sudah berlalu sejak kami tergantung di udara, Keadaan amat buruk sehingga menyebabkan seorang lelaki pengsan. Sebuah helikopter menghampiri kami tetapi tidak melakukan apa-apa.

“Tolonglah bantu kami,” kata Gulfraz, salah seorang lelaki yang tersangkut dalam kereta kabel, kepada stesen televisyen Pakistan, Geo News, menerusi telefon dan mengesahkan lapan mangsa berada dalam kereta kabel.

Tragedi berlaku sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan, mendorong penduduk kampung menggunakan pembesar suara di masjid untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di seberang lembah.

“Kereta kabel ini tergantung dengan hanya menggunakan satu tali. Terdapat minimum lapan penumpang, kebanyakannya pelajar murid sekolah,” kata pegawai kanan agensi penyelamat daerah, Abdul Basit Khan, kepada AFP.

Kumpulan berkenaan sudah tergantung di udara lebih empat jam, apabila sebuah helikopter tentera Pakistan tiba di lokasi, berdasarkan imej yang disiarkan di televisyen.

“Keret kabel ini tersekat di kawasan yang mustahil dibantu tanpa pertolongan helikopter,” kata pegawai perkhidmatan Pakistan 1122, Zulfiqar Khan, kepada AFP.

kabel berkenaan tergantung di tengah lembah yang dalam, dikelilingi gunung-ganang, yang menyebabkan kereta kabel kerap diguna sebagai penghubung antara pekan dan bandar terpencil.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, dalam satu kenyataan, berkata enam kanak-kanak dan dua orang dewasa kini berada pada ketinggian sekitar lebih 365 meter.

Pegawai kanan kerajaan di Khyber Pakhtunkhwa, Syed Hammad Haider, berkata kereta kabel itu tergantung 304 meter hingga 365 meter dari permukaan Bumi.

“Kami sudah meminta kerajaan Khyber Pakhtunkhwa menyediakan sebua helikopter kerana kerja menyelamat tidak boleh dilakukan tanpanya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya