LONDON: Kot buatan khas yang dipakai mendiang bintang legenda, Elvis Presley ketika tahun terakhir hidupnya, dijual pada harga lebih 100,000 pound (RM580,530) dalam satu acara lelongan di Britain, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pakaian itu dibeli pada harga 128,000 pound (RM743,079) oleh seorang pengumpul dari Amerika Syarikat (AS) dalam lelongan di Henry Aldridge & Son di Devizes, Wiltshire.
Presley memberikan jaket kulit bulu mink itu kepada abang tunangnya, Ginger Alden, sebelum meninggal dunia pada 1977.
Ia disertakan dengan surat ketulenan daripada Rosemary Alden Starkey yang juga adik Ginger Alden.