Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik jarak dekat - Utusan Malaysia

Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik jarak dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat sebagai sebahagian latihan taktikal serangan nuklear yang didorong oleh latihan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Pelancaran peluru berpandu yang pertama kali dilaporkan oleh tentera Korea Selatan, dilakukan di tengah-tengah latihan tahunan Ulchi Freedom Shield di Washington dan Seoul, yang tidak disenangi Pyongyang.

“Peluru berpandu balistik taktikal itu ditembak ke arah Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun sebelum tengah malam.”

“Latihan itu bertujuan untuk menghantar mesej yang jelas kepada musuh,” lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap memetik jurucakap tentera Seoul.

Pyongyang menjalankan sejumlah rekod ujian senjata tahun ini.

Korea Utara mengadakan latihan tenteranya pada Selasa sebagai tindak balas kepada latihan AS dan Korea Selatan, di mana pemimpin negara itu Kim Jong Un, melawat pos latihan.

“Latihan itu bertujuan untuk membenarkan semua pegawai pemerintah, kakitangan dan seluruh anggota tentera membuat persiapan penuh untuk berperang,” kata KCNA mengenai latihan itu.

Sementara itu, Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, tentera di selatan sempadan mengekalkan kesediaan penuh dengan kerjasama erat dengan AS.

Menurut Yonhap, latihan udara gabungan itu melibatkan sekurang-kurangnya satu pengebom strategik B-1B milik AS yang terbang di atas Semenanjung Korea awal Rabu dan jelas menimbulkan kemarahan Pyongyang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya