Ketam biru ancam ekonomi Itali

Ketam biru ancam ekonomi Itali

NELAYAN mengasingkan hasil tangkapan ketam biru di lagun Scardovari di selatan Venice. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Komuniti nelayan di utara Itali sedang berusaha menangani ancaman pencerobohan dan serangan ketam biru yang berisiko menjejaskan ekonomi seluruh wilayah negara itu.

Ketam biru yang berasal dari pantai utara dan selatan Amerika, sudah merebak di beberapa lokasi seperti lagun di Itali sepanjang tahun lalu.

Malah, ketam biru itu dilaporkan `menyerang’ hidupan akuatik termasuk kerang tempatan sekali gus menjejaskan peranan negara sebagai antara pengeluar kerang terkemuka di dunia.

“Penduduk di Rom perlu memahami bahawa ancaman ini membahayakan nyawa ribuan keluarga dan perniagaan.

“Pencerobohan ketam biru ini juga berisiko menjejaskan ekonomi wilayah yang bukan sahaja menjadi mata pencarian penduduk tetapi merupakan kecemerlangan Itali dan Eropah.

“Produk identiti lain di rantau ini seperti Parma ham atau Parmigiano juga akan turut terkesan,” kata Gabenor Emilia-Romagna, Stefano Bonaccini.

Pada masa ini, para nelayan di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menangkap sebanyak mungkin ketam biru dalam usaha mengawal dan mengurangkan jumlah populasinya.

Bagaimanapun, di delta Sungai Po, usaha sedemikian sebahagian besar tidak berkesan.

Kira-kira 326 tan spesies ketam biru yang agresif ditangkap di Veneto pada tahun ini.

Jumlah itu merangkumi sebanyak 84 tan di Scardovari dan 29 tan di Pila pada bulan ini.

Menurut persatuan nelayan Fedagripesca-Confcooperative, pencerobohan ketam biru itu menyebabkan ekonomi negara secara keseluruhan mengalami kerugian kira-kira 100 juta euro (RM 505.1 juta).

Malah, ketam biru juga telah memakan sehingga 90 peratus kerang muda di delta Po, hampir menghapuskan pengeluaran masa depan.  

Sementara itu, Rom sudah memperuntukkan sejumlah 2.9 juta euro (RM14.6 juta) kepada koperasi perikanan dan penternak akuakultur bagi mengekang bilangan ketam biru, selain melaksanakan strategi lain antara kempen memancing ketam diadakan secara besar-besaran. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya