Ketagih pelaburan kripto, mahasiswa bunuh pelajar junior - Utusan Malaysia

Ketagih pelaburan kripto, mahasiswa bunuh pelajar junior

SUSPEK ditahan polis selepas disyaki membunuh pelajar junior di Universiti Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEPOK: Seorang mahasiswa Universiti Indonesia membunuh pelajar junior kerana ingin mengambil barangan berharga milik mangsa bagi melangsaikan hutang berjumlah 80 juta rupiah (RM24,048).

Suspek yang dikenali sebagai AAB, 23, didakwa terlibat dalam pelaburan kripto dan mengalami kerugian sehingga terpaksa meminjam duit dengan banyak pihak untuk melabur lagi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis, AAB memaklumkan dia sebelum ini sudah banyak kali meminjam duit dengan ibu bapanya dan kali ini, dia tidak mahu menyusahkan mereka lagi.

“Saya sudah banyak kali guna duit ibu dan ayah untuk bayar hutang pelaburan dan kali ini, saya cuba selesaikan diri.

“Saya tiada niat untuk membunuh mangsa, namun saya sudah pun melakukannya, saya mohon maaf kepada keluarganya,” katanya.

Jelas AAB, dia sudah tidak mempunyai jalan lain untuk membayar hutangnya.

Menurut polis, insiden pembunuhan itu berlaku pada 2 Ogos lalu di bilik asrama mangsa.

Mayat mangsa ditemukan keluarganya di dalam bilik berkenaan selepas dia tidak dapat dihubungi selama beberapa hari.

“Selepas gagal dihubungi, keluarga mangsa datang ke bilik asramanya, namun tidak boleh dibuka sehinggalah mereka memanggil pengawal keselamatan.

“Selepas dibuka, keluarganya menemukan mayat mangsa yang sudah dibungkus dengan plastik hitam,” ujar jurucakap polis.

Sementara itu, polis juga memberitahu, suspek cuba mengebumikan mayat mangsa, namun dia tidak tahu bagaimana untuk membawa mayat itu keluar dari bilik asrama, lalu membiarkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya