Kempen Trump raih AS$7.1 juta dana sejak mugshot tular      - Utusan Malaysia

Kempen Trump raih AS$7.1 juta dana sejak mugshot tular     

DONALD Trump menggunakan gambar penjaranya sebagai strategi pemasaran untuk meraih kutipan dana kempennya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan kempen pilihan raya Donald Trump mendedahkan pihaknya berjaya mengumpulkan dana sebanyak AS$7.1 juta (RM32.94 juta) sejak Khamis lalu.

Jumlah dana itu dikutip selepas gambar syot wajah (mugshot) Trump yang dirakam di sebuah penjara di Atlanta, Georgia didedahkan kepada umum.

Lapor BBC, sebahagian besar dana itu diperoleh menerusi hasil jualan barangan seperti cawan dan baju-T yang memaparkan mugshot bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Malah, Trump juga berjaya mengutip dana kempen hampir AS$20 juta (RM92.79 juta) dalam tempoh tiga minggu, sepanjang beliau didakwa dengan pertuduhan membabitkan kes rusuhan Capitol dan Georgia.  

Dalam tempoh sehari Jumaat lalu, Trump meraih dana sebanyak AS$4.18 juta (RM19.39 juta), menjadikannya jumlah paling tinggi dalam kempennya setakat ini.

Dilaporkan, Trump dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa berkomplot untuk membatalkan keputusan pilihan raya negeri 2020.

Beliau berdepan tiga lagi tuduhan ketika berkempen untuk pilihan raya presiden AS 2024.

Tuduhan itu termasuk dua berkaitan dakwaan palsunya bahawa keputusan pilihan raya itu dirampas daripadanya dan serangan dilakukan oleh penyokongnya di bangunan Capitol di Washington.

Trump menafikan semua pertuduhan itu dan mendakwa semua kes difailkan terhadapnya bermotifkan politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya