Ketua Agensi Kecemasan Maui letak jawatan

Kebakaran hutan Hawaii: Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Maui letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Maui, Herman Andaya dilaporkan sudah meletak jawatan.

Perletakan jawatan itu disahkan dan diterima Datuk Bandar Maui County, Richard Bissen.

“Atas sebab kesihatan, Andaya mengemukakan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

“Memandangkan beratnya krisis yang kami hadapi, saya dan pasukan saya akan mencari pengganti untuk jawatan penting ini secepat mungkin dan saya berharap untuk membuat pengumuman itu tidak lama lagi,” kata Bissen.

Rabu lalu, Andaya memberitahu wartawan dalam sidang media beliau tidak menyesali keputusan untuk tidak mengaktifkan rangkaian siren di seluruh Maui ketika berlakunya kebakaran hutan di pulau itu.

Kenyataan tersebut menerima kecaman hebat terutamanya mangsa terselamat yang mengadu banyak nyawa ahli keluarga mereka terkorban gara-gara tidak mendapat amaran awal tentang kebakaran itu.

Ramai mangsa yang maut dipercayai terperangkap di dalam rumah atau kereta mereka ketika melakukan usaha terdesak pada saat-saat akhir untuk melarikan diri.

Sekurang-kurangnya 111 orang terkorban dalam kebakaran hutan yang disifatkan paling dahsyat di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lebih satu abad dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat.

Gabenor Hawaii, Josh Green minggu lalu mengarahkan siasatan keatas persediaan dan tindak balas terhadap tragedi itu.

Peguam Negara Hawaii, Anne Lopez, berkata, beliau akan melantik badan bebas untuk menjalankan siasatan tersebut.

“Melakukan semakan menggunakan pihak ketiga akan memastikan akauntabiliti dan ketelusan serta meyakinkan rakyat Hawaii bahawa semua fakta akan terbongkar,” katanya.

Presiden AS, Joe Biden bersama isterinya dijangka melawat Maui pada Isnin ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya