Kapal percutian terakhir Puteri Diana, Dodi karam

Kapal percutian terakhir Puteri Diana, Dodi karam

KAPAL Cujo karam di kawasan perairan Beaulieu-sur-Mer berhampiran Nice di Perancis.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kapal mewah yang pernah dinaiki Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Fayed ketika percutian musim panas terakhir mereka 26 tahun lalu, dilaporkan karam di kawasan perairan di tenggara Perancis.

Kapal Cujo yang pernah menjadi kegemaran bintang Hollywood, dibadai ombak Mediterranean selepas melanggar objek tidak diketahui kira-kira 28.9 kilometer dari Beaulieu-sur-Mer berhampiran Nice Sabtu lalu.

Polis tempatan berkata, tujuh penumpang termasuk pemiliknya yang merupakan ahli perniagaan dari Itali berjaya diselamatkan berikutan kemalangan itu, namun kapal berkenaan tenggelam pada kedalaman hampir 2,500 meter.

“Kapten Cujo mengeluarkan isyarat ‘Mayday’ untuk meminta bantuan dan bot penyelamat segera dihantar dari Antibes. Selepas memastikan semua penumpang selamat, polis mengesan kebocoran air yang ketara pada paras badan hadapan di kanan kapal.

“Pemiliknya cuba mengaktifkan pam dan terus menghidupkan enjin. Pasukan penyelamat kapal juga tiba, tetapi tidak dapat menghalang Cujo daripada terus tenggelam ke dasar laut,” katanya.

Lapor Daily Mail, kapal Cujo yang bermaksud ‘pasukan hebat’ menjadi tumpuan media pada Ogos 1997 ketika dimiliki Dodi.

Penerbit filem dan jutawan Mesir itu didakwa membelanjakan kira-kira 1 juta pound (RM5.7 juta) untuk mengubahsuai kapal itu dan membawa Puteri Diana berlayar di pantai Selatan Perancis dengan gambar percutian mereka tersebar di media seluruh dunia.

Beberapa hari kemudian pasangan itu dilaporkan terbunuh dalam kemalangan kereta di tengah Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya