Kapal angkasa India berjaya mendarat di kutub selatan bulan - Utusan Malaysia

Kapal angkasa India berjaya mendarat di kutub selatan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Kapal angkasa milik India melakar sejarah apabila berjaya mendarat di permukaan bulan hari ini.

Kejayaan itu secara tidak langsung menunjukkan keupayaan India dalam penerokaan angkasa lepas, selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu pelaburan dalam bidang tersebut.

Misi tersebut menjadi tumpuan dunia dengan masyarakat menunggu dengan penuh debaran untuk menyaksikan sama ada kapal angkasa tersebut berjaya atau tidak mendarat di bulan.

Kapal angkasa Chandrayaan-3 (CY3) mendarat di bahagian kutub selatan bulan, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO).

Misi tersebut merupakan percubaan kedua India untuk mendarat di bulan dan kejayaan itu berlaku kurang seminggu selepas misi kapal angkasa Russia, Luna-25 gagal.

Perayau (rover) ialah robot kecil mudah alih yang dihantar oleh saintis ke bulan dan planet untuk mendarat di permukaan dan rover boleh mengambil gambar serta mengumpul maklumat mengenai planet dengan mengambil bacaan suhu, batu dan sampel tanah.

Misi CY3 telah dilancarkan pada 14 Julai lalu dari pusat angkasa utama di India yang terletak di negeri Andhra Pradesh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya