Junta tentera Niger minta bantuan Wagner kukuhkan kuasa

Junta tentera Niger minta bantuan Wagner

SEORANG penunjuk perasaan memakai baju yang tertera tulisan menyokong junta tentera di Niamey, Niger. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa di Niger meminta bantuan daripada tentera upahan Russia, kumpulan Wagner ketika ‘tarikh akhir’ untuk mereka membebaskan presiden yang disingkir semakin hampir.

Jika kumpulan tentera gagal berbuat demikian, mereka berdepan risiko campur tangan ketenteraan dari blok rantau Afrika Barat, sekali gus membuka ‘episod baharu peperangan’.

Permintaan itu dibuat ketika Ketua Tentera Niger, Jeneral Salifou Mody mengunjungi Mali dan menghubungi wakil Wagner.

Wartawan dan penyelidik kanan di Pusat Soufan memberitahu agensi berita AP, Wassin Nasr berkata, tiga anggota Mali dan seorang diplomat Perancis mengesahkan permintaan yang dibuat oleh Mody.

“Mereka perlukan Wagner kerana pasukan pejuang upahan itu boleh menjadi ‘penjamin’ kepada kedudukan kuasa mereka,” kata Wassin.

Semalam merupakan hari terakhir untuk tentera Niger membebaskan Presiden Mohamed Bazoum yang didakwa dijadikan tebusan sejak rampasan kuasa berlaku.

Barisan menteri pertahanan dari Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) sudah pun bersetuju untuk menggerakkan pasukan tentera mereka ke Niger selepas pasukan mediasi yang dihantar ke negara itu tidak dibenarkan dengan pemimpin tentera.

Dalam pada itu, Mody memberi amaran bahawa pasukan tentera akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Niger tidak menjadi seperti Libya ketika ini.

Pensyarah di Universiti Niamey, Hassane Boubacar berkata, tentera Niger menolak campur tangan ketenteraan ECOWAS bagi memulihkan konflik di negara ini, namun sanggup bekerjasama dengan Wagner dan Russia untuk mengekalkan kuasa.

“Mereka sanggup berperang asalkan mereka ada kuasa, tidak kisa secara sah atau tidak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya