Junta tentera Niger didesak kembalikan kuasa Presiden

Junta tentera Niger didesak kembalikan kuasa Presiden

PENUNJUK perasaan bersorak menyokong junta tentera ketika berkumpul di hadapan Kedutaan Perancis di Niamey, Niger.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Negara-negara Afrika Barat mengenakan sekatan dan mengancam untuk campur tangan jika kumpulan tentera Niger enggan mengembalikan kuasa kepada Presiden, Mohammed Bazoum selepas penyokong junta mula bertindak ganas menyerang kedutaan Perancis di Niamey.

Kumpulan 15 negara blok Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) bertindak balas terhadap rampasan kuasa ketujuh wilayah Sahel itu selepas penunjuk perasaan bertindak membakar bendera Perancis dan membaling batu ke arah wakil negara itu.

Polis dilaporkan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan gambar di lokasi kejadian menunjukkan kebakaran di dinding kedutaan sementara orang ramai dibawa ke dalam ambulans dengan kaki berlumuran darah.

Pada sidang kemuncak tergempar di Nigeria untuk membincangkan rampasan kuasa minggu lalu, pemimpin ECOWAS menggesa perintah perlembagaan dipulihkan dan memberi amaran tindakan balas yang lebih tegas akan dilakukan jika tiada sebarang perubahan diambil oleh kumpulan yang menggulingkan kerajaan.

Presiden Chad, Mahamat Idriss Deby dilaporkan bertemu rakan sejawatannya dari Nigeria, Bola Tinubu di luar sidang kemuncak itu dan menawarkan diri untuk berunding dengan pemimpin tentera di Niger.

Stesen televisyen Niger turut menunjukkan Mahamat tiba di negara itu.

ECOWAS dan Kesatuan Ekonomi dan Kewangan Afrika Barat yang dianggotai lapan negara berkata, sempadan dengan Niger akan ditutup.

Sekatan tegas turut dilaksanakan dengan kadar segera termasuk mengharamkan penerbangan komersial, menghentikan transaksi kewangan, membekukan aset negara dan menamatkan semua bantuan ke negara itu.

Pegawai tentera yang terlibat menggulingkan Bazoum akan dilarang daripada melakukan perjalanan dan aset mereka juga akan dibekukan.

Perdana Menteri Niger di bawah kerajaan Bazoum, Ouhoumoudou Mahamadou berkata, sekatan ECOWAS akan membawa bencana kerana negara itu sangat bergantung kepada rakan kongsi antarabangsa untuk menampung keperluan belanjawannya.

“Niger adalah negara yang tidak akan dapat menahan sekatan seperti ini. Ia akan menjadi malapetaka,” katanya..-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya