Junta arah duta Perancis keluar dari Niger dalam tempoh 48 jam

Junta arah duta Perancis keluar dari Niger dalam tempoh 48 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Junta tentera yang menguasai Niger dengan menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum, kini mengarahkan duta Perancis meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Niger dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, junta memutuskan untuk menarik balik akreditasi Duta Perancis, Sylvain Itte dan mengarahkannya meninggalkan Niger dalam tempoh diberikan.

Keputusan itu dibuat susulan beberapa tindakan yang dikatakan bertentangan dengan kepentingan Niger.

Ia termasuk `keengganan duta Perancis untuk memberi respon terhadap jemputan menteri Niger untuk mengadakan mesyuarat dan tindakan lain kerajaan Perancis.

Keputusan itu berikutan siri kenyataan dan tunjuk perasaan terhadap Perancis sejak junta tentera menggulingkan Bazoum yang telah ditahan bersama keluarganya.

Junta tentera mendakwa Perancis cuba campur tangan secara ketenteraan di Niger untuk mengembalikan semula kuasa Bazoum di Niamey.

Malah, junta turut mendakwa Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) dikawal oleh bekas kolonial Perancis.

Sebelum ini, ECOWAS mengenakan sekatan ekonomi ke atas Niger berikutan rampasan kuasa selain mengancam untuk mengerahkan angkatan tentera bersenjata untuk memulihkan ketenteraman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya