Jumlah makanan semakin sedikit, populasi biawak komodo menurun - Utusan Malaysia

Jumlah makanan semakin sedikit, populasi biawak komodo menurun

BIAWAK komodo hanya boleh didapati di beberapa kepulauan Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN BAJO: Populasi biawak komodo di Taman Nasional Komodo di Labuan Bajo, daerah Menggarai Barat dilaporkan mengalami penurunan pada tahun lalu.

Ketua Balai Taman Nasional Komodo, Hendrikus Rani Siga berkata, pada tahun lalu, jumlah biawak komodo adalah sebanyak 3,156 ekor.

Katanya, jumlah itu berkurangan sebanyak 147 ekor berbanding populasi tahun 2021, iaitu berjumlah 3,033 ekor.

Jelas Hendrikus, dalam tempoh empat tahun sebelum itu, populasi haiwan dilindungi itu mengalami peningkatan.

“Pada 2018, populasi biawak komodo sebanyak 2,879 ekor dan meningkat 3,022 ekor pada 2019.

“Kemudian meningkat lagi 3,163 pada 2020 sebelum menurun pada tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Hendrikus menerangkan, penurunan dan peningkatan populasi biawak komodo merupakan perkara normal, bergantung kepada jumlah mangsa atau makanan di taman nasional.

“Jika populasi terus meningkat juga tidak boleh kerana akan menyebabkan ‘population crash’ yang menyaksikan penurunan populasi luar biasa selepas itu kerana bekalan makanan yang tidak mencukupi serta persaingan.

“Jadi, adalah normal jika populasi biawak komodo menurun dan meningkat, seiring dengan keadaan di taman nasional,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya