Jong-un pecat ketua tentera, tingkat persiapan untuk 'berperang'

Jong-un pecat ketua tentera, tingkat persiapan untuk ‘berperang’

KIM Jong-un mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Pekerja Korea di Pyongyang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan memecat jeneral tertinggi tenteranya dan menggesa supaya meningkatkan persiapan bagi menghadapi peperangan.

Persiapan itu termasuk meningkatkan pengeluaran senjata dan melakukan lebih banyak latihan ketenteraan.

Lapor KCNA, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Suruhanjaya Tentera Pusat, beberapa hari selepas pemimpin itu memeriksa beberapa kilang senjata utama.

Mesyuarat tentera itu diadakan ketika Seoul dan Washington bersiap sedia melakukan latihan ketenteraan bersama pada akhir bulan ini.

Korea Utara menganggap latihan ketenteraan bersama itu sebagai ancaman pencerobohan dan berulang kali memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan tindak balas lebih besar.

Pada mesyuarat itu, Jong-un memecat Ketua Staf Umum, Pak Su-il dan menggantikan tempat beliau dengan Naib Marsyal, Ri Yong Gil, lapor KCNA tanpa memberikan butiran lanjut.

KCNA melaporkan agenda mesyuarat itu adalah mengenai `isu persiapan perang sepenuhnya’ termasuk mendapatkan senjata lebih berkuasa dalam memastikan kesiapsiagaan tentera yang sempurna untuk berperang.

“Justeru, Jong-un menggesa semua syarikat pengeluar amunisi untuk meneruskan pengeluaran besar-besaran pelbagai senjata dan peralatan.

“Selain itu, beliau juga menggesa supaya menjalankan latihan perang sebenar agar dapat mengendalikan senjata dan peralatan terkini dengan lebih cekap,” jelas laporan itu.

Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai persiapan mengadakan perarakan besar-besaran pada 9 September ini sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Korea Utara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya