Indonesia sedia 500,000 hektar tanah tanam padi

Indonesia sedia 500,000 hektar tanah tanam padi

Hasil padi dari tahun 2015 hingga tahun 2021 terus merosot lebih 300,000 tan metrik. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan menyediakan 500,000 hektar tanah pertanian untuk pengeluaran padi sebagai persediaan berdepan musim kemarau panjang akibat fenomena iklim El Nino.

Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo berkata, beberapa wilayah sudah bersetuju untuk membuka tanah pertanian bagi memastikan ketersediaan stok beras negara.

“Ada enam wilayah, termasuk Sumatera Utara, Sumatera Selatan, tiga wilayah di Jawa dan Sulawesi Selatan. Kemudian ada wilayah penampan untuk produksi di Kalimantan Selatan, Nusa Tenggara Barat, Banten dan Lampung.

“Saya yakin jika kita boleh menjayakannya, kita boleh mengawal kesan El Nino dengan baik. Komitmen bersama daripada kerajaan tempatan adalah satu langkah penting untuk persediaan menghadapi El Nino,” katanya.

Presiden, Joko Widodo dilaporkan turut mengarahkan kakitangannya untuk menyediakan dan memastikan ketersediaan beras, selepas mengadakn mesyuarat pada hari yang sama.

Projek estet makanan berterusan sejak tahun 2020, dijangka meliputi 770,000 hektar atau lebih 10 kali ganda saiz Singapura yang bertujuan mengekang pergantungan kepada import makanan.

Menurut Syahrul, pihaknya sudah memetakan kesan terburuk terhadap stok beras di Indonesia semasa kemuncak El Nino dari Ogos hingga September tahun ini.

“Kami menjangkakan sekitar 300,000 tan hingga 1.2 juta tan defisit pengeluaran beras.

“Bagaimanapun peningkatan pengeluaran di kawasan baharu seluas 500,000 hektar itu diramalkan menghasilkan produk bijirin kering sekitar 3 juta tan, bersamaan dengan kira-kira 1.5 juta tan beras.

“Jadi sehingga September 2023, kerajaan masih mempunyai 2.7 juta tan stok beras. Kami juga optimis mampu mengekalkan harga yang mampan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya