Indonesia ‘berhabis’ tingkat sistem pertahanan negara

Indonesia ‘berhabis’ tingkat sistem pertahanan negara

INDONESIA membeli sebanyak 12 dron ANKA daripada Turkiye sebagai usaha meningkatkan sistem pertahanan negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia membeli 12 buah pesawat dron bernilai AS$300 juta (RM1.4 bilion) daripada Aeroangkasa Turkiye bagi mengukuhkan sistem pertahanan negara ini.

Menurut Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan, pembelian itu bertujuan meningkatkan kepelbagaian, kuantiti dan kualiti peralatan ketenteraan Indonesia.

Kontrak pembelian itu ditandatangani pada 3 Februari lalu dan 12 unit don ANKA itu dijangka dihantar ke Indonesia sebelum November 2025.

Pada Januari lalu, Indonesia menandatangani satu lagi perjanjian bernilai AS$805 juta (RM3.7 bilion) melibatkan pembelian 12 buah jet pejuang Mirage 2000-5 yang sebelum ini digunakan oleh Qatar.

Pelbagai pihak mengkritik pembelian itu kerana melibatkan aset terpakai kerana bimbang ‘mencetuskan risiko keselamatan’.

Menurut maklumat dalam laman web pengeluar jet berkenaan, model pertamanya dilancarkan pada 1967.

Namun, pembelian itu disifatkan sebagai ‘cara terpantas’ untuk Indonesia menaiktaraf pasukan tentera udaranya selepas dikritik mempunyai aset ketenteraan yang usang.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto turut bersetuju membuat pembelian sebanyak 42 buah jet pejuang Dassault Rafale pada Februari tahun lalu.

Indonesia dijadualkan menerima tiga daripada jet pejuang itu pada Januari 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya