India mungkin kenakan lebih banyak sekatan eksport beras - Utusan Malaysia

India mungkin kenakan lebih banyak sekatan eksport beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pengeksport beras terbesar dunia, India berkemungkinan mengenakan lebih banyak sekatan terhadap eksport makanan ruji itu ketika banyak negara berdepan dengan kenaikan harga makanan.

Jika langkah itu dilaksanakan, bekalan makanan global bakal menjadi lebih terhad, sekali gus memberi kesan kritikal terhadap banyak negara.

Lapor Bloomberg, kerajaan India bercadang untuk mengenakan cukai eksport bagi beras rebus, namun tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan, menurut sumber pegawai kerajaan India.

Harga beras di Asia melonjak naik ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun pada bulan ini selepas Asia Tenggara mengumumkan sekatan eksport.

Sehubungan itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berusaha untuk menurunkan harga makanan tempatan menjelang pilihan raya pada tahun depan.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kewangan India tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, India sudah pun mengenakan sekatan eksport bagi beras hancur dan beras putih bukan basmathi, selain menyekat eksport gandum dan gula.

India juga mengehadkan penyimpanan beberapa stok tanaman, malah turut merancang untuk memansuhkan levi import sebanyak 40 peratus bagi gandum dan menjual tomato serta bijirin dalam negeri bagi meningkatkan bekalan.

Purata hujan yang menjadi nadi utama dalam penanaman beras di negeri Bengal Barat, Uttar Pradesh, Jharkand, Bihar, Chhattisgarh dan Andhra Pradesh dilaporkan menurun sebanyak 15 peratus berbanding kebiasaan pada musim kali ini.

Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan beras dalam negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya