Imran Khan rajin baca al-Quran dalam penjara

Imran Khan rajin baca al-Quran dalam penjara

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Penjara yang dipilih oleh kerajaan untuk menahan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang didapati bersalah dalam pelbagai kes adalah penjara yang menempatkan banduan melakukan jenayah berat.

Penjara itu juga tidak mempunyai pelbagai kemudahan untuk tahanan politik.

Keadaan itu secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada Imran yang selama ini sering dianggap sebagai ‘hero’ oleh rakyat negara ini.

Pada mulanya, Imran akan dihantar ke Penjara Adiala di Rawalpindi mengikut waran tangkap yang dikeluarkan, namun beliau kemudiannya dipindahlan ke Penjara Daerah Attock, 80 kilometer dari Islamabad.

“Imran rasa beliau sengaja dihantar ke penjara itu kerana di sana tiada kemudahan kelas A atau B,” kata seorang daripada peguamnya, Nameen Panjutla.

Penjara Attock dibina pada 1905 sewaktu penjajahan British di kawasan seluas 27 hektar dan sangat sesak apabila menempatkan lebih 800 tahanan berbanding kapasiti yang dibenarkan iaitu seramai 530 orang.

Penjara itu tidak seluas penjara lain yang dilengkapi sel khas untuk tahanan politik.

Dalam pada itu, Nameen memberitahu, sel yang dihuni Imran dipenuhi dengan lalat dan serangga berbisa pada waktu malam, selain tidak mempunyai penghawa dingin.

Keadaan cuaca yang panas dan lembap dijangka menyukarkan Imran untuk membiasakan diri di dalam penjara.

Namun, keadaan itu tidak menghalang bekas pemimpin itu rajin membaca kitab suci al-Quran dan solat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya