Hospital tidak endah aduan doktor mengenai jururawat pembunuh

Hospital tidak endah aduan doktor mengenai jururawat pembunuh

LUCY Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi baru dilahirkan dengan meracuni mereka hingga mati. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pihak atasan hospital di barat laut England dilaporkan gagal bertindak terhadap Lucy Letby selepas beberapa doktor menyuarakan kebimbangan mengenai jururawat itu mungkin membunuh bayi.

Malah, pihak pengurusan cuba ‘menutup mulut’ para doktor daripada berkongsi mengenai jururawat itu kepada pihak luar demi menjaga imej hospital.

Selain itu, hospital terbabit turut didakwa lambat menghubungi polis biarpun sudah berbulan-bulan amaran diberikan oleh pelbagai pihak mengenai Letby membunuh bayi yang baru dilahirkan di Unit Neonatal.

Ketua konsultasi unit tersebut, Dr. Stephen Breary merupakan individu pertama yang menzahirkan kebimbangan mengenai Letby pada 2015.

Namun, kebimbangannya tidak diendahkan sehingga menyaksikan jururawat itu menyerang lima lagi bayi dengan dua daripadanya meninggal dunia.

Letby, 33, disabitkan bersalah membunuh lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan di Hospital Countess of Chester dan cuba melakukan pembunuhan terhadap bayi lain yang baru lahir.

Leby sering melakukan jenayah itu ketika dia bekerja pada syif malam antara tahun 2015 dan 2016.

Pihak juri diberitahu, tertuduh meracuni beberapa bayi dengan menyuntik mangsa dengan insulin, manakala mangsa lain turut disuntik dengan udara atau susu disuap secara paksa.

“Saya sengaja membunuh mereka (bayi) kerana saya tidak cukup baik untuk menjaga mereka.

“Saya adalah orang jahat yang mengerikan,” tulisnya dalam nota berkenaan yang ditemukan polis ketika menggeledah rumahnya selepas jururawat itu ditangkap.

Beberapa daripada mangsa yang dibunuh adalah bayi pasangan kembar.

Letby juga didakwa cuba membunuh seorang bayi perempuan sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya pada percubaan keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya