Hari mengundi Pilihan Raya Presiden Singapura 1 September ini - Utusan Malaysia

Hari mengundi Pilihan Raya Presiden Singapura 1 September ini

LEE HSIEN LOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, lee Hsien Loong mengeluarkan Writ Pilihan raya bagi Pilihan raya Presiden tahun 2023 dengan Hari Pengundian yang ditetapkan pada 1 September ini.

Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura, tarikh hari penamaan calon pula ditetapkan pada pada 22 Ogos ini.

Sehingga kini, empat individu menyatakan hasrat untuk bertanding merebut jawatan presiden iaitu bekas menteri kanan, Tharman Shanmugaratnam, pengasas Harvey Norman, Ossia George Goh, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan GIC, Ng Kok Song dan bekas calon presiden, tan Kin Lian.

Presiden Halimah Yacob, yang memegang jawatan pada 2017, tidak akan bertanding untuk penggal kedua sebagai ketua negara selepas penggal pentadbirannya tamat pada 13 September ini.

Halimah, 68, merupakan presiden kelapan Singapura dan wanita pertama berkhidmat sebagai presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya