Guna ubat diabetes untuk turun berat badan?

Guna ubat diabetes untuk turun berat badan?

OZEMPIC dikatakan mampu mengurangkan berat badan secara drastik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu siasatan mendedahkan kebanyakan klinik swasta di Britain mengingkari panduan kerajaan dengan memberikan preskripsi ubat diabetes kepada individu yang mahu menggunakan suntikan itu untuk menurunkan berat badan mereka.

Lapor Daily Mail, Ozempic yang juga dikenali sebagai semaglutide serta ubat lain yang seumpamanya dipercayai digunakan oleh kira-kira 400,000 pesakit di negara itu yang menghidap diabetes jenis dua.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kekurangan Ozempic mendorong ketua kesihatan mengeluarkan perintah untuk melaksanakan catuan ke atas ubat berkenaan.

Selain mengawal paras gula dalam darah, Ozempic dikatakan mampu mengurangkan berat badan secara drastik.

Dalam beberapa kajian dilaksanakan, sebahagian besar pesakit mampu menurunkan kira-kira satu perlima berat badan mereka selepas setahun mengambil suntikan itu seminggu sekali.

Khabar angin mendakwa beberapa selebriti terkenal termasuk bintang realiti televisyen, Kim Kardashian turut menggunakan ubat berkenaan untuk kekal langsing.

Malah, berita mengenai penggunaan Ozempic itu tular dalam media sosial sehingga menyebabkan permintaan bagi ubat itu kini jauh melebihi bekalannya.

Pada awal bulan ini, Agensi Pengawalseliaan Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA) mengeluarkan perintah amaran keselamatan pesakit.

Perintah itu antara lain mengarahkan semua doktor dan ahli farmasi untuk tidak mengeluarkan preskripsi Ozempic dan ubat-ubatan yang seumpamanya untuk tujuan membantu penurunan berat badan.

“Bekalan sedia ada harus dijaga untuk kegunaan pesakit diabetes,” jelasnya.

Bagaimanapun, siasatan Daily Mail mendapati ahli farmasi dalam talian masih menawarkan Ozempic untuk penurunan berat badan.

Sebuah syarikat penjagaan kesihatan lelaki, Manual didapati mengenakan bayaran sebanyak 230 pound (RM1,343) untuk bekalan Ozempic bagi tempoh sebulan pada peringkat permulaan.

Bayaran itu meningkat kepada 299 pound (RM1,746) sebulan untuk langganan.

Syarikat itu meminta gambar penuh dan salinan pengenalan diri (ID) untuk mengesahkan pesakit terbabit mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya