Gelombang haba: Peserta AS tarik diri dari Jambori Pengakap

Gelombang haba: Peserta AS tarik diri dari Jambori Pengakap Dunia

PESERTA dari Britain berkumpul untuk meninggalkan tapak perkhemahan Jambori Pengakap Dunia di bandar Buan, Korea Selatan. - YONHAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Ahli pengakap Amerika Syarikat (AS) yang mengikuti Jambori Pengakap Dunia Ke-25 di Korea Selatan, terpaksa menarik diri dari tapak perkhemahan itu berikutan cuaca panas melampau melanda negara tersebut.

AS menjadi negara kedua selepas United Kingdom (UK) menarik diri daripada jambori yang disertai puluhan ribu ahli pengakap dari seluruh dunia.

Berdasarkan emel diterima Reuters, kontinjen AS yang menyertai program itu akan berpindah ke kem tentera AS Garrison Humphreys berhampiran tapak khemah jambori. 

“Pasukan AS ke Jambori Pengakap Dunia terpaksa membuat keputusan sukar untuk meninggalkan perkhemahan itu lebih awal disebabkan cuaca ekstrem berterusan dan keadaan tertentu di tapak tersebut,” jelas emel itu.

Emel itu turut dihantar oleh pasukan media kontinjen pengakap AS  kepada para ibu bapa peserta.

Dilaporkan, suhu mencecah 34 darjah Celsius di Saemangeum, berhampiran bandar Buan di pantai barat Korea Selatan, yang mana hampir 39,000 ahli pengakap berumur 14 hingga 18 tahun menyertai aktiviti perkhemahan itu. 

Tindakan pasukan pengakap AS dan UK menarik diri dilihat sebagai tamparan hebat kepada pihak penganjur dan kerajaan Korea Selatan.

Kelmarin, kerajaan Korea Selatan memaklumkan akan menyediakan lebih banyak lori tangki air, ruang dilengkapi penghawa dingin dan bekalan perubatan untuk meneruskan penganjuran acara itu.

Pasukan pengakap dari Britain, kumpulan peserta terbesar di program jambori, memaklumkan pihaknya akan menginap di hotel di Seoul untuk mengelakkan tekanan di tapak perkhemahan itu. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya