Festival heavy metal terbesar dunia bertukar jadi padang lumpur - Utusan Malaysia

Festival heavy metal terbesar dunia bertukar jadi padang lumpur

Pengunjung festival berdiri di kawasan padang berlumpur di hadapan pentas utama festival muzik Wacken Open Air di Jerman.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Hujan lebat di Jerman menyebabkan kawasan festival konsert heavy metal terbesar di dunia bertukar menjadi padang lumpur, memaksa penganjur menolak kehadiran ramai pemegang tiket.

Festival Wacken Open Air di Schleswig-Holstein di utara Jerman bermula Rabu lalu, namun menjelang petang pihak penganjur enggan lagi menerima kehadiran penonton dan mereka yang baru tiba dihalang ke tapak konsert itu berikutan keadaan yang tidak terkawal.

“Kadang-kala pernah hujan turun ketika konsert berlangsung, tetapi pertama kali berlaku keadaan seperti ini sepanjang 33 tahun penganjuran festival.

“Kami sangat sedih tetapi keadaan cuaca sukar yang berterusan menyebabkan kami tiada pilihan lain,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Lapor The Guardian, festival selama empat hari itu menampilkan kira-kira 200 kumpulan muzik dari seluruh dunia dengan lagenda, Iron Maiden dijadualkan membuat persembahan bersama Megadeth.

Antara yang sempat beraksi termasuk Uriah Heep, Heaven Shall Burn, Dropkick Murphys dan kumpulan komuniti tempatan, Wacken Firefighters yang dilaporkan mengharungi lumpur untuk naik ke pentas hingga mendapat tepukan gemuruh penonton.

Bagaimanapun enam kumpulan muzik dipercayai sudah membatalkan penampilan dan penganjur turut merayu pemegang tiket supaya menjauhi tapak konsert selepas lokasi itu dinaiki air selain menjanjikan bayaran balik.

Ramai penonton yang tidak dibenarkan masuk mengkritik cara penganjur mengendalikan situasi itu sementara mereka yang berada di tapak konsert menggunakan kesempatan bermain lumpur untuk menghilangkan kekecewaan gagal menyaksikan persembahan artis pujaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya