ELD nafi guna dakwat boleh hapus dalam alat cap X - Utusan Malaysia

ELD nafi guna dakwat boleh hapus dalam alat cap X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) menegaskan wujud maklumat palsu yang tersebar di media sosial mengenai alat cap X untuk pengundi menandakan calon pilihan mereka pada Pilihan Raya Presiden esok.

Menurut maklumat palsu itu, dakwat alat cap tersebut boleh terhapus.

Dakwaan sedemikian juga pernah tersebar semasa Pilihan Raya Umum (GE) pada 2020.

Dalam kenyataannya, ELD menegaskan, dakwat yang digunakan adalah jenis yang kekal.

Dakwat itu berasaskan minyak serta kalis air dan suhu tinggi.

Selain itu, para pengundi boleh memilih untuk tidak menggunakan alat cap tersebut.

Mereka masih boleh menggunakan pen sendiri bagi membuat tanda X pada ruang calon pilihan mereka.

ELD juga memaklumkan sudah melaksanakan pelbagai langkah kawalan ketat di setiap proses pengundian bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan undi.

Lapor Channel News Asia, alat cap tersebut diperkenalkan pada bulan lalu bagi menggantikan pena-X yang digunakan semasa GE2020.

ELD menjelaskan bahawa terdapat sesetengah pengundi yang salah anggap ia adalah pen biasa dan cuba mencoret sendiri tanda pangkah menggunakan pen tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya