Dokumentari kehidupan Jho Low bakal ditayangkan di AS

Dokumentari kehidupan Jho Low bakal ditayangkan di AS

JHO LOW bergambar bersama aktor Leonardo DiCaprio. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sebuah dokumentari yang bakal menceritakan perjalanan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat (AS) pada September ini.

Menerusi tajuk ‘Man on The Run’, dokumentari itu akan menayangkan peristiwa pengubahan wang haram terbesar di dunia yang melibatkan berbilion ringgit dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dokumentari itu akan ditayangkan di New York pada 22 September dan Los Angeles pada 29 September.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, dokumentari itu merupakan terbitan The Smoking Section dengan kerjasama Evergreen Media dan diarahkan oleh Cassius Michael Kim yang sebelum ini menerbitkan program ABC News Nightline.

Selain itu, dokumentari itu juga bakal memaparkan temu bual eksklusif bersama bekas Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabit kesalahan berkaitan 1MDB.

Turut membuat kemunculan dalam dokumentari itu, termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan trailer yang boleh ditonton melalui YouTube, ia memaparkan gaya hidup eksklusif Jho Low yang didakwa sebagai dalang utama skandal 1MDB.

Dokumentari itu juga menunjukkan bagaimana Jho Low menggunakan kekayaan luar biasanya untuk mendekati selebriti terkenal dunia seperti Leonardo DiCaprio, Paris Hilton dan Jamie Foxx.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya