Dipenjara 18 tahun bagi kesalahan tidak dilakukannya, lelaki terima pampasan AS$3 juta - Utusan Malaysia

Dipenjara 18 tahun bagi kesalahan tidak dilakukannya, lelaki terima pampasan AS$3 juta

ALAN HALL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Seorang lelaki menghabiskan masa selama 18 tahun di dalam penjara kerana disabit kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya bakal menerima bayaran pampasan sebanyak AS$3 juta (RM14 juta).

Alan Hall sebelum ini dikenakan hukuman penjara seukur hidup pada 1986 selepas seorang lelaki maut ditikam dalam kejadian pecah rumah di Auckland.

Tiada bukti forensik yang mengaitkan Hall dengan insiden itu dan suspek penyerang dikatakan mempunyai ketinggian serta etnik berbeza dari Hall.

Namun, lelaki itu tetap disabit kesalahan bagi jenayah yang tidak dilakukannya.

Hall kemudiannya dibebaskan dengan parol pada 1994 sebelum dimasukkan semula ke penjara pada 2012 kerana melanggar syarat bebas yang ditetapkan.

Lelaki itu akhirnya dibebaskan pada tahun lalu.

Mahkamah Tinggi New Zealand mengakui kesilapan perbicaraan terdahulu mengenai kes Hall.

Menteri Kehakiman, Deborah Russel memaklumkan, Hall bersetuju untuk menerima bayaran pampasan tersebut.

“Kami memohon maaf berhubung apa yang berlaku terhadap Hall.

“Kami tahu permohonan maaf ini tidak dapat mengembalikan masa yang dihabiskan oleh Hall di dalam penjara atau memulihkan penderitaannya,” kata Russell.

Menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, keluarga Hall bersyukur dengan keputusan pihak berkuasa untuk membersihkan namanya.

Hall berusia 24 tahun ketika ditahan dan kini dia berumur 61 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya