Dimarahi ibu, budak di China merajuk minta polis hantar ke rumah anak yatim

Dimarahi ibu, budak di China merajuk minta polis hantar ke rumah anak yatim

TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan polis berbual dengan kanak-kanak itu di balai polis Huixing di wilayah Yubei, China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Gara-gara dimarahi ibu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, seorang kanak-kanak di China sanggup melarikan diri dari rumah.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dilaporkan lari menuju ke balai polis untuk membuat aduan dan merayu untuk dihantar ke rumah anak yatim.

Media China baru-baru ini melaporkan insiden itu yang berlaku di Chongqing.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan budak lelaki itu meluru masuk ke balai polis Huixing di wilayah Yubei sebelum dihampiri oleh dua anggota polis.

Mereka kemudian mula berbual dan kanak-kanak itu memaklumkan dia ditegur oleh ibunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, lalu meninggalkan rumahnya untuk ke rumah anak yatim.

Setelah dipujuk oleh anggota polis berkenaan, budak lelaki itu akhirnya memberi maklumat nombor telefon ibu bapanya.

Polis kemudian menghubungi ibu kanak-kanak itu yang mengesahkan berlakunya pertengkaran antara mereka berdua mengenai kerja sekolah.

Namun, wanita itu tidak pernah menyangka anaknya sanggup melarikan diri untuk tinggal di rumah anak yatim hanya disebabkan perkara itu.

“Hampir setiap hari saya kena marah kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Jadi, saya meninggalkan rumah.

“Dia hanya membebel saya untuk belajar setiap hari. Saya lebih rela tinggal di rumah anak yatim,” kata kanak-kanak itu.

Selepas menenangkan kanak-kanak itu, polis menghubungi bapanya untuk membawa anaknya pulang ke rumah.

Kanak-kanak itu pada mulanya enggan pulang ke rumah, namun polis cuba memujuknya dan memaklumkan bahawa itu adalah pilihan terbaik berbanding tinggal di rumah anak yatim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya