Didakwa biarkan sherpa mati, pendaki Norway cerita perkara sebenar

Didakwa biarkan sherpa mati, pendaki Norway cerita perkara sebenar

KRISTIN Harila mendedahkan dia cuba membantu sherpa yang nazak itu sebelum didesak untuk teruskan pendakian. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Pendaki Norway yang menjadi individu terpantas menakluk 14 gunung tertinggi dunia akhirnya membuka mulut untuk menceritakan perkara sebenar mengenai dakwaan isu dia melangkah badan sherpa yang nazak demi mencipta rekod.

Kristin Harila, 37, menerusi kenyataan dalam hantaran Instagram memaklumkan, dia dan pasukannya sudah sedaya upaya menyelamatkan sherpa itu ketika mereka menemukannya di laluan pendakian.

Kontroversi mula timbul selepas rakaman dron pendakian Harila dikongsi pendaki lain dalam media sosial.

Rakaman itu menunjukkan Harila bersama pasukannya melangkah badan sherpa yang terbaring.

Tidak lama kemudian, sherpa itu yang dikenali sebagai Mohammed Hassan, 27, meninggal dunia.

Harila turut menerima kritikan selepas mencipta rekod dunia itu di tapak kem pada petang hari kejadian.

“Tiada siapa akan ingat kejayaan kamu, sebaliknya mereka hanya menyedari sifat tidak berperikemanusiaan. Nyawa sherpa itu di tangan kamu,” tulis seorang pengguna media sosial mengkritik Harila.

Dalam penjelasannya, Harila memberitahu, dia dan dua pendaki lain menghabiskan masa lebih sejam setengah untuk membantu sherpa tersebut.

Namun, dia terpaksa meneruskan pendakian kerana didesak pasukannya yang mahu mengakhiri cabaran segera.

Jurukamera dalam pasukan Harila, Gabriel pula menceritakan, dia juga cuba menyelamatkan sherpa berkenaan termasuk berkongsi oksigen.

“Kami sangka akan ada pihak bantu sherpa itu kerana terdapat ramai pendaki lain di belakang kami, namun siapa sangka sherpa itu tidak dapat bertahan,” ujarnya.

Terdahulu, Harila bersama pasukannya mencipta rekod dunia apabila berjaya mendaki 14 gunung yang mempunyai ketinggian 8,000 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya