TAMPA: Datuk Bandar Tampa, Jane Castor terkejut selepas menemukan sebungkus besar kokain seberat 31.75 kilogram ketika memancing di kepulauan Florida Keys baru-baru ini.
Media di negeri Uncle Sam itu melaporkan, dadah berkenaan bernilai kira-kira 1.1 juta dolar AS (RM4.6 juta).
Penemuan tersebut dilaporkan ketika Castor sedang bercuti bersama keluarganya di Marathon, Florida Keys, pada Ahad 23 Julai lalu.
Seorang ahli keluarganya melihat sesuatu yang terapung di perairan Atlantik itu namun awalnya menyangka ia adalah sekumpulan ikan kecil.
“Semakin dekat kami, saya tersedar objek itu kelihatan seperti ketulan kokain ,'” kata Castor kepada saluran Fox 13
Castor dengan mudah mengenali pek dadah kerana sudah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun sebagai polis wanita di Tampa, termasuk lebih enam tahun sebagai ketua.
Beliau kemudian memuatkan objek bersaiz seperti ketuhar gelombang mikro itu ke dalam kapalnya sebelum menghubungi Pejabat Syerif Daerah Monroe.
Peronda Sempadan AS segera mengambil objek itu dan pihak berkuasa tempatan kemudian mengumumkan penemuan tersebut media sosial dan menyampaikan penghargaan kepada Castor.