Dakwa al-Quran dicemari, sejumlah gereja di Pakistan dibakar - Utusan Malaysia

Dakwa al-Quran dicemari, sejumlah gereja di Pakistan dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAISALABAD: Rusuhan tercetus di timur Pakistan yang menyaksikan sejumlah gereja dibakar dan sebilangan kediaman penduduk Kristian dirosakkan, selepas segelintir penganut agama itu dituduh bertindak menghina Islam.

Ratusan penunjuk perasaan turun ke kawasan majoriti Kristian di pinggir bandar Faisalabad, susulan tersebar dakwaan bahawa kitab suci al-Quran telah dicemari.

“Kumpulan perusuh terbabit mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan itu, termasuk terhadap sebilangan kediaman penduduk Kristian dan banyak gereja,” kata pegawai kerajaan daerah berkenaan, Ahad Noor, kepada AFP.

Pegawai penyelamat dan polis memaklumkan, sekurang-kurang empat gereja dibakar, manakala penduduk mendakwa belasan bangunan berstatus gereja dirosakkan.

Ribuan polis dikerahkan ke kawasan berkenaan dan puluhan orang telah ditahan, kata Menteri Penerangan wilayah Punjab, Amir Mir, dalam satu kenyataan yang turut mengutuk tindakan menghina Islam sebagaimana didakwa.

Rakaman imej dikongsikan dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan membanjiri jalanan dengan membawa kayu dan batu, selain asap dilihat berkepul dari bangunan gereja.

Satu rakaman video pula memaparkan kumpulan penunjuk perasaan melaungkan tuntutan supaya individu dituduh melakukan perbuatan menghina Islam itu dikenakan hukuman.

Perkongsian dalam media sosial turut menunjukkan sebilangan ulama tempatan menggesa supaya semua umat Islam bersatu dan membantah tindakan biadab mencemarkan kitab suci al-Quran.

Menurut satu laporan polis, pertuduhan akan dikenakan ke atas dua lelaki Kristian yang dilapor melarikan diri dari kawasan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya