Chandrayaan-3 kongsi gambar kutub selatan bulan

Chandrayaan-3 kongsi gambar kutub selatan bulan

GAMBAR pertama dari kapal angkasa Chandrayaan-3 menunjukkan kawasan rata di kutub selatan permukaan bulan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kapal angkasa India, Chandrayaan-3 berkongsi gambar pertama sekitar kutub selatan bulan selepas pendaratan bersejarah Rabu lalu.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menyiarkan gambar menakjubkan yang diambil oleh kamera pengimejan pendarat bulan selepas lebih tiga jam misi itu berjaya.

Gambar tersebut menunjukkan kawasan rata pada permukaan bulan dengan kaki pendarat dan bayang yang mengiringi kelihatan di sudut kanan.

Lapor Daily Mail, keadaan itu agak luar biasa kerana kawasan selatan bulan terkenal dengan bentuk muka bumi yang bergelombang dan kasar.

Terdahulu, ISRO menyiarkan empat imej yang diambil oleh kamera halaju mendatar pendarat bulan pada permukaan lasak itu.

Chandrayaan-3 terdiri daripada kapal pendarat dengan kenderaan robotik (rover) yang lebih kecil seberat 26 kilogram di dalamnya.

Instrumen sains berkuasa solar pada kedua-dua pendarat dan rover akan mengkaji permukaan rantau bulan selama 14 hari, jangka masa yang lebih singkat berbanding misi angkasa lepas yang lain.

India merupakan negara keempat selepas Amerika Syarikat (AS), Russia dan China yang selamat mendaratkan kapal angkasa di bulan, tetapi mencatat sejarah sebagai yang pertama melakukannya di kutub selatan bulan.

Wilayah selatan bulan menjana minat besar dalam kalangan agensi angkasa lepas di Russia, China dan AS disebabkan oleh rizab airnya yang kaya dan membeku seperti ais.

Kewujudan banyak air ais di kutub selatan menjadi antara punca mengapa ia dikenal pasti sebagai lokasi masa depan untuk kehidupan manusia yang juga fokus utama program pelancaran roket bulan Artemis oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Russia cuba mendaratkan kapal angkasa Lunar-25 di selatan bulan hujung minggu lalu, tetapi misi itu gagal apabila ia berpusing di luar kawalan sebelum dilaporkan terhempas.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya