CHICAGO: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut ditembak oleh jirannya ketika bermain suker sambil makan aiskrim dalam kejadian menyayat hati, baru-baru ini.
Keriangan Serabi Medina bertukar mimpi ngeri apabila suspek dikenali sebagai Michael Goodman, 43, berjalan menuju ke arahnya sebelum melepaskan tembakan di kepalanya.
Pemergian Medina itu cukup diratapi keluarganya kerana dia disifatkan kanak-kanak yang cukup periang serta menyenangkan,
“Sentiasa ceria dan manja. Dia akan berlari dan memeluk sesiapapun. Senyumannya mampu menerangi Chicago. Dia sangat teruja memulakan gred empat persekolahannya pada bulan ini,” kata sepupunya.
Goodman kini disabitkan dengan pertuduhan membunuh kelas pertama. Selepas perbicaraan pada Selasa lalu, dia ditahan tanpa ikat jamin di Cook County.
Suspek tinggal di bangunan apartmen bersebelahan rumah Medina. dan keluarganya mendakwa mereka tidak mengenali lelaki terbabit.
Motif di sebalik kejadian menyayat hati itu tidak dinyatakan. Bagaimanapun, Goodman dilaporkan ada bersemuka dengan Medina dan bapanya mengenai isu membuat bising di kejiranan itu.
Goodman dikatakan ada sejarah membuat laporan berhubung kanak-kanak yang bermain di kawasan terbabit.
Peguamnya turut memaklumkan lelaki mempunyai masalah mental.