Budak 7 tahun maut selepas main pasir batu kapur

Budak 7 tahun maut selepas main pasir batu kapur

MANGSA sempat bergambar ketika bermain pasir batu kapur. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari wilayah Parana di Brazil maut secara tragis selepas bermain dalam pasir batu kapur.

Budak lelaki itu dikatakan turut membuat aksi lucu agar ibu bapanya dapat merakam gambarnya ketika bermain pasir batu kapur itu.

Insiden itu berlaku di pekan Ipriranga, selatan Brazil pada 3 Ogos lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Arthur sedang bermain di dalam timbunan pasir putih yang berada di tepi jalan di bawah pengawasan keluarganya.

Kanak-kanak itu turut seronok berguling dan bermain sebelum menimbus badannya dalam timbunan pasir putih itu seperti mana dilakukan di pantai.

Ibu bapa mangsa juga menganggap pasir tersebut adalah pasir biasa, selain seronok mengambil gambar anaknya bermain

Pasangan itu tidak menyangka bahawa ia merupakan kali terakhir mereka melihat anaknya masih hidup.

“Selepas bangun daripada timbunan pasir putih, keadaan Arthur menjadi teruk sehingga dia terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital tempatan.

“Namun, doktor gagal menyelamatkan nyawanya,” jelas laporan.

Timbunan pasir yang didakwa dibuang oleh beberapa syarikat pembinaan di tepi jalan, sebenarnya merupakan batu kapur.

Batu kapur boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata dalam kes sentuhan langsung, tetapi ia amat berbahaya sekiranya terhidu.

Walaupun Arthur hanya bermain di pasir itu selama beberapa minit, mangsa dilaporkan menghidunya dan terbukti membawa maut.

Pasir batu kapur mengandungi kristal silika, yang apabila dihidu, boleh menyebabkan penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan silikosis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya