Bot bawa migran karam di Cape Verde, lebih 60 dikhuatiri lemas

Bot bawa migran karam di Cape Verde, lebih 60 dikhuatiri lemas

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan mangsa tragedi bot karam yang terselamat dibawa keluar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAIA: Lebih 60 orang dipercayai maut selepas sebuah bot yang membawa migran dari Senegal, karam dan sudah ditemukan di luar kepulauan Cape Verde di Afrika Barat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dalam satu kenyataan.

Jurucakap IOM, Safa Msehli mengesahkan seramai 63 orang dikhuatiri lemas.

Katanya, hanya 38 orang terselamat termasuk empat kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 16 tahun.

Menurut polis, bot itu dikesan di Lautan Atlantik kira-kira 277 kilometer (km) dari pulau Sal Cape Verde pada Isnin lalu.

Kapal nelayan dari Sepanyol mengesan bangkai bot dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa Cape Verde.

Kepulauan Cape Verde terletak kira-kira 600km dari luar pantai di laluan migrasi maritim ke Kepulauan Canary, Sepanyol.

Sementara itu, Msehli berkata, pasukan perkhidmatan kecemasan menemukan tujuh mayat setakat ini.

Jelasnya, pihaknya percaya seramai 56 orang lagi masih hilang.

Sebelum ini, Kementerian Luar Senegal memaklumkan bot yang membawa kira-kira 101 orang meninggalkan perkampungan nelayan Senegal di Fasse Boye pada 10 Julai lalu.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak mendedahkan apa yang berlaku pada bot itu sebaik sahaja ia meninggalkan lokasi berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya