Bimbang bekalan tidak cukup, Indonesia import beras luar

Bimbang bekalan tidak cukup, Indonesia import beras luar

SEORANG pekerja menyusun guni beras yang diimport dari Thailand di Gudang Bulog di Lambaro, wilayah Aceh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat perolehan makanan Indonesia, Bulog mencari sumber beras dari negara lain seperti Kemboja dan Myanmar sebagai usaha menambah bekalan makanan ruji di negara ini berikutan fenomena El Nino.

Pada awal bulan ini, Bulog memaklumkan pihaknya mengimport sebanyak 1.6 juta tan metrik beras dari Thailand, Vietnam, India dan Pakistan bagi bekalan tahun ini, selain memperoleh bekalan beras tempatan sebanyak lebih 700,000 tan.

Untuk rekod, Indonesia mengeluarkan dua juta tan kuota import beras untuk tahun ini, melebihi kuota 300,000 tan beras pada 2022 kerana corak cuaca kering yang dijangka mengundang kemarau ke beberapa bahagian di negara itu.

“Tiada (belum ada kontrak) tetapi diharapkan dalam masa terdekat,” kata Setiausaha Korporat Bulog, Awaluddin Iqbal, ketika ditanya mengenai rancangan mengimport beras dari Kemboja dan Myanmar, tanpa memberikan butiran lanjut.

Mengikut data kerajaan, pengeluaran beras oleh Indonesia pada tahun ini dianggar 31.56 juta tan, manakala penggunaannya dianggar 30.84 juta tan.

Purata harga beras gred sederhana di Indonesia pada harga 13,600 rupiah (RM4.12) sekilogram, meningkat 14.77 peratus daripada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengilangan Padi Indonesia Jakarta, Nellys Soekidi, berkata purata bekalan beras harian dibekalkan petani tempatan ke pusat pasar besar di ibu kota menurun sekitar 20 peratus pada bulan lalu, apabila hasil tuaian menjunam.

“Pengeluaran menyusut sehingga beras yang tidak dikupas sekamnya turut dijual,” katanya.

Harga beras yang dieksport dari hab Asia mencecah kemuncak baharu pada tempoh sama pada 2008, apabila India selaku pengeksport utama melarang eksport berasnya baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya