Bimbang ancaman ketenteraan Afrika Barat, Niger tutup ruang udara

Bimbang ancaman ketenteraan Afrika Barat, Niger tutup ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Junta tentera Niger menutup ruang udara negara ini selepas menolak desakan blok Afrika Barat supaya membebaskan dan mengembalikan semula kuasa kepada Presiden Mohamed Bazoum.

Tindakan itu diumumkan kelmarin, ketika puluhan ribu penyokong junta berhimpun di sebuah stadium di Niamey.

Jurucakap junta, Amadou Abdramane berkata, ruang udara negara ini ditutup berikutan ancaman ketenteraan daripada pasukan tentera Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS).

Menerusi kenyataan, Amadou menyatakan dua negara Afrika Barat sudah pun membuat persiapan untuk mengerahkan pasukan tenteranya ke negara ini.

Namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

“Kita lihat ancaman ketenteraan semakin ‘menyerlah’. sehubungan itu, kita tutup ruang udara sebagai langkah keselamatan.

“Semua pasukan pertahanan negara ini sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan akan menghalang sesiapa sahaja yang cuba menceroboh sempadan Niger,” katanya.

Rampasan kuasa di Niger berlaku pada 26 Julai lalu dan merupakan yang ketujuh dalam tempoh tiga tahun.

ECOWAS mengutuk tindakan tersebut yang jelas menyebabkan pembangunan ekonomi semakin buruk di rantau itu.

Sementara itu, badan tersebut tidak menyatakan langkah seterusnya selepas junta tentera Niger menutup ruang udaranya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya