Bekas pekerja kebajikan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak - Utusan Malaysia

Bekas pekerja kebajikan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, lapor dpa.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Brisbane, Sydney dan luar negara di antara tahun 2007 dan 2022.

Lelaki berusia 45 tahun dari Gold Coast itu ditahan sejak Ogos 2022 apabila Polis Persekutuan Australia (AFP) menangkap dan mendakwanya dengan dua pertuduhan pada awalnya kerana menghasilkan bahan eksploitasi kanak-kanak manakala satu lagi pertuduhan menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk bahan pornografi kanak-kanak.

Selepas lelaki itu didakwa tahun lalu, AFP mendakwa mereka menemui bahan penderaan kanak-kanak yang dihasilkan sendiri pada peranti elektronik yang didakwa dimiliki oleh suspek.

AFP berkata, pihaknya telah mengenal pasti semua kanak-kanak dari Australia dalam video suspek dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk mengenal pasti empat kanak-kanak dalam video yang dirakamkan di luar negara.

Kes itu dijadualkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Brisbane pada 21 Ogos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya