Bangunan terbakar di Johannesburg `rampasan' pendatang haram

Bangunan terbakar di Johannesburg `rampasan’ pendatang haram

KEBAKARAN besar berlaku di sebuah bangunan lima tingkat di tengah Johannesburg. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Sebuah bangunan lima tingkat yang terlibat dalam kebakaran di tengah Johannesburg, Afrika Selatan didakwa terletak di kawasan yang dihuni oleh kebanyakan pendatang asing.

Memetik BBC, media tempatan melaporkan kawasan kejiranan itu terkenal dengan bangunan yang `dirampas’ secara haram oleh pendatang tanpa izin.

Laporan itu mendakwa penghuni bangunan itu kebanyakannya dihuni oleh pendatang asing dari negara Afrika lain.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Robert Mulaudzi berkata, bangunan itu terletak di lokasi yang dahulunya terkenal sebagai hab ekonomi Afrika Selatan.

Katanya, kawasan itu kini digunakan sebagai penempatan haram bagi golongan migran.

Semalam, bangunan tersebut terbakar sehingga meragut sekurang-kurangnya 73 nyawa termasuk kanak-kanak berusia dua tahun antara mangsa paling muda.

Dilaporkan, kebanyakan mangsa rentung ditemukan bertimbun berdekatan pagar keselamatan yang terletak di dalam bangunan itu.

Setakat ini, seramai 52 cedera dalam kebakaran itu.

Sementara itu, ahli jawatankuasa perbandaran, Mgcini Tshwaku mendakwa lilin yang digunakan untuk menerangi bangunan kemungkinan penyebab kebakaran.

“Ramai mangsa mungkin terperangkap ketika kebakaran baru bermula dan mereka tidak dapat keluar disebabkan pagar keselamatan tertutup,” katanya.

Beberapa gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan timbunan mayat disusun berhampiran bangunan yang terbakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya