Bakar al-Quran: Sweden mahu kekal hubungan baik dengan negara Islam - Utusan Malaysia

Bakar al-Quran: Sweden mahu kekal hubungan baik dengan negara Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom, ketika negara itu berdepan kritikan terhadap insiden penghinaan berulang kali terhadap al-Quran, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Luar memaklumkan Billstrom mengadakan perbualan dengan lebih 20 duta negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Stockholm pada Jumaat lalu.

“Memulihkan kepercayaan dan keyakinan mengambil masa. Saya akan menumpukan sebahagian besar daripada tempoh pilihan raya ini untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam,” kata Billstrom.

Beliau berkata kerajaannya menolak sekeras-kerasnya’ pembakaran salinan kitab suci, sambil menambah Kementerian Kehakiman sudah memulakan analisis dan sedang mengusahakan terma rujukan siasatan untuk mengkaji semula Akta Ketenteraman Awam.

Awal minggu ini, Menteri Kehakiman Gunnar Strommer berkata bahawa satu penyelesaian yang berpotensi untuk mencegah kejadian sama berulang lagi adalah dengan menggunakan kuasa kecemasan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Jakob Forssmed, menteri hal ehwal sosial Sweden, juga mengadakan pertemuan dengan wakil daripada organisasi berbeza agama di ibu negara Sweden pada Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya