Angka kematian akibat kebakaran di Johannesburg meningkat kepada 73 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian akibat kebakaran di Johannesburg meningkat kepada 73 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Angka kematian akibat insiden kebakaran bangunan lima tingkat di tengah Johannesburg meningkat kepada 73 orang, lapor perkhidmatan kecemasan.

Jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan, Robert Mulaudzi berkata, seramai 52 lagi mangsa yang cedera akibat terhidu asap dikejarkan ke hospital berhampiran.

Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak antara yang terkorban akibat kebakaran yang disifatkan antara terburuk di negara itu.

Mangsa paling muda berusia kurang dua tahun dengan mayat yang rentung sukar untuk dikenal pasti.

Anggota bomba di tempat kejadian meneruskan operasi mencari mangsa selepas api berjaya dipadamkan.

“Kami bergerak tingkat demi tingkat untuk mencari mayat mangsa,”

“Ia sememangnya hari yang menyedihkan bagi bandar Johannesburg. Selama lebih 20 tahun dalam perkhidmatan, saya tidak pernah menemui perkara seperti ini,” kata Mulaudzi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya