Alam 'mengamuk' di bumi Eropah

Alam ‘mengamuk’ di bumi Eropah

SEBUAH rumah kabin remuk selepas dihanyutkan arus deras ke kawasan jambatan di Hemsedal, Norway.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Cuaca ekstrem mengejutkan Eropah apabila sebuah empangan di selatan Norway pecah ekoran hujan lebat berterusan yang turut mencetuskan tanah runtuh dan banjir di kawasan pergunungan negara itu.

Empangan loji kuasa hidroelektrik Braskereidfoss di Glama yang menempatkan sungai terpanjang dan paling besar di Norway, pecah selepas penjananya gagal berfungsi.

Keadaan itu memburukkan banjir besar di Norway dan negara jiran Sweden, menghanyutkan puluhan bangsal, rumah kecil dan rumah mudah alih hingga memaksa masyarakat hiliran berpindah.

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store memberi amaran, banjir itu akan terus menjadi ancaman apabila air berlebihan mengalir ke kawasan hilir.

“Bencana sama sekali belum berakhir dan mungkin mencetus fenomena yang lebih berbahaya. Banjir kali ini mencatatkan paras air tertinggi dalam tempoh lebih 50 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, berbeza dengan selatan Eropah apabila cuaca ekstrem di Scandinavia menyaksikan Sepanyol, Portugal, Itali, Greece dan Croatia dilanda kebakaran hutan dan kemarau sejak beberapa minggu lalu.

Di Sepanyol dan Portugal, penduduk tempatan dan pelancong bersiap sedia berdepan rekod suhu tertinggi dengan cuaca diramal mencecah 44 darjah Celsius di bahagian Semenanjung Iberia.

Rantau itu mencatat gelombang haba ketiga pada musim panas ini dengan perkhidmatan cuaca memberi amaran bahawa suhu purata boleh mencecah paras tertinggi selama 70 tahun, dengan hampir seluruh negara di bawah amaran cuaca merah.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya