MOSCOW: Tindakan mencemari al-Quran di Sweden semakin memuncak apabila seorang wanita kelahiran Iran pula membakar kita suci itu di Stockholm kelmarin.
Wanita yang dikenali sebagai Bayrami Marjan, 47, itu membakar al-Quran di dalam periuk di tepi tasik Malaren di Bromma.
Lapor agensi berita Anadolu, wanita itu mendakwa semua agama perlu dihapuskan.
Sejak beberapa bulan ini, sejumlah demonstrasi membakar al-Quran dilakukan di Denmark dan Sweden.
Semua negara Islam lantang mengutuk perbuatan itu, menyaksikan ada negara yang memanggil Duta Sweden dan Denmark untuk menyatakan protes terhadap tindakan tersebut.
Pada bulan lalu, ratusan penunjuk perasaan Iraq menyerbu kedutaan Sweden berikutan pembakaran al-Quran di Stockholm oleh aktivis yang juga dari Iran, Salwan Momika.