Ahli politik Jepun letak jawatan selepas dikritik bergambar seperti pelancong - Utusan Malaysia

Ahli politik Jepun letak jawatan selepas dikritik bergambar seperti pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang ahli Dewan Kaunselor Jepun terpaksa meletak jawatan setelah dikecam banyak pihak, gara-gara mengambil gambar seperti melancong ketika kunjungan rasmi di Perancis.

Ketika insiden pada akhir bulan lalu, Rui Matsukawa yang mewakili parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan juga Ketua Bahagian Hal Ehwal Wanita sedang mengadakan lawatan penyelidikan bersama lebih 30 peserta lain.

Matsukawa, 52, kemudiannya berkongsi beberapa foto memaparkan gelagatnya seronok bercuti termasuk beraksi dengan gaya pelancong di hadapan Menara Eiffel di Paris.

Setelah dihentam teruk pengguna media sosial, wanita itu bertindak memadamkan kesemua gambar berkenaan dan turut memohon maaf kerana mencetuskan kekeliruan tentang program disertainya.

Beliau juga menjelaskan segala perbelanjaannya ditanggung sendiri walaupun kos perjalanan dibiayai LDP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya