500 banduan di penjara Bahrain lancar mogok lapar

500 banduan di penjara Bahrain lancar mogok lapar

RATUSAN banduan di penjara Jau di Bahrain melakukan mogok lapar sebagai protes terhadap keadaan di pusat tahanan itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAMA: Sekurang-kurangnya 500 banduan melakukan mogok lapar di dalam sebuah penjara di Bahrain sebagai protes terhadap keadaan di pusat tahanan tersebut.

Kesemua tahanan itu dilaporkan mula mogok lapar pada 7 Ogos lalu dan jumlah banduan yang menyertai mogok itu juga semakin bertambah.

Sayed Alwadaei di Institut Hak dan Demokrasi Bahrain serta bekas banduan di penjara Jau berkata, mogok lapar itu merupakan protes paling ‘besar’ pernah berlaku dalam sistem penjara negara ini.

Menurut kenyataan daripada banduan yang dilaporkan media tempatan, mogok lapar itu juga menuntut mereka dibenarkan meluangkan masa di luar sel lebih lama dengan ketika ini, hanya satu jam sahaja dibenarkan sehari.

Selain itu, banduan di penjara berkenaan meminta menunaikan solat berjemaah di masjid penjara, membenarkan lebih kerap keluarga melawat, menambah baik kemudahan pendidikan dan akses rawatan perubatan yang sewajarnya.

“Semua tuntutan ini bukan permintaan yang mengarut, sebaliknya keperluan untuk kehidupan manusia,” jelas kenyataan itu.

Bahrain merupakan negara kecil dengan 1.5 juta penduduk, namun mempunyai kadar penduduk dipenjara paling tinggi di Asia Barat.

Dianggarkan 3,800 orang dimasukkan ke penjara di negara itu dengan 1,200 daripadanya merupakan tahanan politik.

Kebanyakan tahanan politik dimasukkan ke penjara Jau .

Sementara itu, pihak berkuasa Bahrain memaklumkan mereka akan ‘menyiasat mogok dan tuntutan yang dibuat’ oleh ratusan banduan berkenaan.

Kerajaan Bahrain juga menegaskan pihaknya sentiasa memastikan semua banduan dalam keadaan sihat dan hak mereka tidak dinafikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya