34 pelombong hilang dalam insiden tanah runtuh di lombong jed - Utusan Malaysia

34 pelombong hilang dalam insiden tanah runtuh di lombong jed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed di utara Myanmar menyebabkan lebih 30 orang hilang dan operasi mencari serta menyelamat giat dilakukan hari ini.

Insiden itu berlaku di Hpakant, kawasan pergunungan terpencil di negeri Kachin, kira-kira 950 kilometer dari Yangon.

Kawasan itu merupakan pusat perlombongan jed terbesar dunia.

Pihak berkuasa memaklumkan, seramai 34 pelombong yang menggali mencari jed ditimbus tanah runtuh yang berlaku pada pukul 3.30 petang waktu tempatan semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan lapan pelombong cedera dan dibawa ke hospital berhampiran.

Selain ditumbus tanah runtuh, pelombong yang hilang juga dikhuatiri ‘dihanyutkan’ tanah sehingga ke dalam tasik dan kebanyakan mangsa merupakan lelaki. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya