18 rentung nahas bas di Pakistan

18 rentung nahas bas di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 18 orang rentung apabila bas dinaiki mereka terbakar selepas merempuh sebuah kenderaan yang membawa diesel di timur Pakistan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai kanan polis, Fahad Ahmed.

Nahas itu berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Pindi Bhattian di timur wilayah Punjab kira-kira pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

Menurut Fahad, bas berkenaan hangus sama sekali akibat terbakar sebaik merempuh lori kecil yang membawa muatan diesel.

“Hanya dalam masa lima minit, seluruh bas itu terbakar.

“Seramai 18 orang rentung manakala 16 lagi mengalami kecederaan termasuk empat mangsa dalam keadaan kritikal,” katanya.

Menurut Fahad, pemandu bas itu dipercayai terlelap seketika sekali gus mengakibatkan nahas pada awal pagi.

Katanya, lori kecil itu dilaporkan membawa muatan tong diesel dan petrol.

Pakistan begitu ‘sinonim’ dengan nahas jalan raya membabitkan bas yang berpunca daripada keadaan permukaan lebuh raya `tidak rata’, selain mempunyai langkah keselamatan yang longgar termasuk cara pemanduan melulu.

Kapasiti penumpang bas sering kali penuh dengan penumpang dan pemakaian tali pinggang keledar yang tersedia juga tidak dipatuhi.

Ia sekali gus menjadikan angka kematian yang tinggi akibat nahas membabitkan kenderaan tunggal di negara itu sehingga dianggap perkara biasa.

Pada Januari lalu, sekurang-kurangnya 40 orang maut apabila bas dinaiki mereka terbakar selepas terjunam dalam gaung di barat daya Pakistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya