18 rentung kebakaran hutan di Greece

18 rentung kebakaran hutan di Greece

PASUKAN bomba menyembur air untuk memadamkan kebakaran hutan di Chasia di pinggir Athens. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Pasukan bomba menemukan 18 mayat yang rentung di kawasan hutan di timur laut Greece yang dilanda kebakaran besar.

Kebakaran hutan dilaporkan semakin marak ketika gelombang panas yang memecahkan rekod terus menjejaskan beberapa kawasan benua Eropah.

Lapor The Guardian, ratusan anggota bomba bergelut untuk mengawal puluhan kebakaran termasuk yang merebak di luar kawalan selama beberapa hari dan memaksa pemindahan secara meluas.

Ia merupakan gelombang kebakaran kedua di Greece dalam tempoh sebulan.

Menurut pihak berkuasa, kesemua mayat itu ditemukan berdekatan sebuah pondok di kawasan Avanta di utara bandar Alexandroupolis berhampiran sempadan Greece dengan Turkiye dan Bulgaria.

Katanya, ketika ini, pasukan penyiasat sedang berusaha mengenal pasti identiti mayat yang ditemukan rentung dalam kebakaran.   

Jurucakap pasukan bomba, Ioannis Artopios berkata, setakat ini, tiada laporan kehilangan penduduk di kawasan dilanda kebakaran yang memasuki hari keempat. 

Malah, Artopios berkata, 18 mangsa kemungkinan merupakan pendatang asing  yang memasuki Greece secara haram.

Penemuan mayat itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban dalam kebakaran hutan mencecah seramai 20 orang.    

Media tempatan melaporkan kebakaran hutan semakin merebak melalui kawasan hutan menuju ke arah Alexandroupolis semalaman sehingga mendorong pihak berkuasa memindahkan lapan lagi perkampungan penduduk.  

Hospital di bandar pelabuhan itu terpaksa ditutup dan lebih 100 pesakit dipindahkan ke sebuah feri dan pusat kesihatan lain di utara Greece.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dimitris Vartzopoulos berkata, punca utama penutupan itu disebabkan kepulan asap dan debu menyelubungi ruang udara bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya